Subjek : Pendidikan Seni
Tahun : 3
Topik : Membuat Mobail Haiwan Bersayap
Entri ini ditulis dalam Bahasa Melayu sebab ini untuk subjek Pendidikan Seni. Walaupun boleh digunakan untuk subjek Bahasa Inggeris. Ini adalah pertama kali aku kena ajar subjek Pendidikan Seni. Bila rujuk RPT dari internet, minggu lepas kena buat Mobail Haiwan Bersayap. Mula - mula tak tau la apa tu mobail, Ingatkan benda berkaitan dengan kereta. Hahaha!
Ok. Mobail tu benda yang bergantung, apa - apa bahan seni yang bergantung (betulkan jika salah, sebab aku main google je benda ni). Jadi, untuk melaksanakan 1 jam pelajaran ini, aku buat keputusan untuk membuat Rama - rama kertas yang boleh digunapakai untuk hias pentas sekolah kalau ada majlis - majlis.
Berikut adalah gambar - gambar sepanjang aktiviti :
ni yang murid - murid buat dan dermakan untuk hiasan pentas
Bahan - bahan yang diperlukan :
- Kertas warna A4 / kertas origami / kad manila (*saiz kertas menentukan saiz rama - rama ye. Kertas biasanya ditaja oleh guru Seni kalau murid - murid tak bawak bahan)
- Gunting (kalau takde, guna pembaris pun boleh)
- Gam (optional)
- Tali / Benang (sebab mobail kan, mesti ada tali atau benang la, pun ditaja oleh guru Seni sendiri)
Cara - cara nak buat :
*ketahuilah bahawa aku cuma menonton video dari YouTube ini dan membuat dua sampel rama - rama untuk murid - murid. So, sila klik video di bawah ye. Sesi ni dimulakan dengan mengajar murid - murid cara - cara melipat kertas ini dengan betul. Kesabaran amat diperlukan bagi membenarkan murid - murid berjaya membuat satu rama - rama dengan tepat. Selepas itu, aku cuma perlu membantu mengikat rama - rama yang mereka buat.
Sekian perkongsian. Terima kasih kerana membaca!